PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA DAN PROGRAM LATIHAN (PENJANAKERJAYA2.0)

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan, selaras dengan kelulusan Belanjawan 2021, Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan (PenjanaKerjaya 2.0) masih diteruskan dengan beberapa kategori baru dan syarat permohonan, bagi membantu para majikan yang mengambil pekerja baharu seterusnya bersama membantu kerajaan dalam menangani isu pengangguran dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Pihak majikan yang mengambil pekerja baharu akan menerima insentif kewangan sehingga RM6,000.00, mengikut kategori insentif,bagi setiap pekerja untuk tempoh sehingga 6 bulan ataupun RM 1,000.00 untuk tempoh 3 bulan bagi setiap perantisan yang diambil.

3. Pihak majikan kini boleh membuat permohonan PenjanaKerjaya 2.0 mulai 1 Januari 2021, melalui portal Penjana Kerjaya bagi setiap pekerja baharu yang telah diambil pada atau selepas 21 Disember 2020 tertakluk kepada terma dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini dilampirkan Infografik dan Soalan Lazim (FAQ) Program Insentif Pegambilan Pekerja dan Program Latihan (PenjanaKerjaya 2.0) untuk perhatian dan rujukan pihak tuan / puan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan PenjanaKerjaya 2.0 di talian 03-80915300 atau emel kepada penjanakerjaya@perkeso.gov.my. Tuan / puan juga kini boleh ikuti perkembangan kami di media sosial EISPERKESO untuk maklumat terkini dan program yang akan dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

Pentadbir Program PenjanaKerjaya 2.0





 

16 Feb 2021